Mikoyan-Gurevich MiG-23
Mikoyan-Gurevich MiG-23

Mikoyan-Gurevich MiG-23

Mikoyan-Gurevich MiG-23 (Bahasa Rusia: Микоян и Гуревич МиГ-23; nama pengenalan NATO: "Flogger") merupakan sebuah pesawat pesawat pejuang sayap hayun yang direka oleh biro rekabentuk Mikoyan-Gurevich di Kesatuan Soviet dan dianggap sebagai sebuah pesawat "Generasi Ketiga" bersama-sama pesawat buatan Soviet yang lain seperti MiG-25 "Foxbat". Ia merupakan pesawat pejuang pertama Soviet yang memiliki radar pandang-bawah/tembak-bawah dan peluru berpandu BVR, dan pesawat pengeluaran pertama Mikoyan yang memiliki salur masuk udara di sebelah fiuslaj. Pengeluaran bermula pada 1970 dan telah dikeluarkan dalam jumlah yang besar iaitu lebih 5,000 buah pesawat telah dibina. Pada hari ini, MiG-23 digunakan secara terhad dalam perkhidmatan dengan pelbagai negara pengimportnya.